Sunday 11 November 2012

Sekitar Majlis Perasmian Penutup Bulan Membaca 2012

Ucapan alu-aluan Puan Guru Besar

Antara barisan AJK yang menjayakan program

Perasmian Penutup oleh En. Nor Ahmad B Khamzah 

Barisan VIP

Persembahan deklamasi puisi oleh adik Nur Syafiqa Madlan 

En. Nor Ahmad menyampaikan hadiah kepada pemenang 

Cenderamata kenang-kenangan buat VIP


Di bilik jamuan...

Hadiah....
Pada 5 November 2012, Majlis Perasmian Penutup Bulan Membaca 2012 peringkat SK TUDM Subang telah disempurnakan oleh Encik Nor Ahmad B Khamzah, Penolong Pengarah Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor. Hadir sama, Encik Mohd Hatif B Azmi, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Subang Jaya. Jutaan terima kasih kepada kedua-dua VIP yang sudi hadir memberikan sokongan kepada kami semua. 











Sudut NILAM dan Bacalah Sayang

Bagi memastikan para pelajar memanfaatkan masa terluang pada waktu pagi dan selepas rehat, Unit NILAM PSS telah mewujudkan Sudut NILAM dan Bacalah Sayang di tapak perhimpunan. Pelbagai jenis bahan bacaan ditempatkan di sudut tersebut untuk bacaan para pelajar. Ia bukan sahaja dapat menggalakkan para pelajar membaca, tetapi pada masa yang sama menurunkan tahap kebisingan di kawasan sekolah. Syabas dan tahniah kepada Unit NILAM 2012. Semoga usaha ini dapat diteruskan pada masa akan datang.... 










Read Together 2012

Semua murid terlibat dengan aktiviti Read Together 2012



Cikgu pun baca juga...

'One Nation Reading Together'.....Semua guru dan pelajar SK TUDM Subanga terlibat dengan program Read Together yang telah diadakan pada 24 Oktober yang lalu. Program selama 33.5  minit ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk menggalakkan para pelajar dan guru untuk membaca.

Hi-Tea Pemimpin Kecil 2012

Pada 23 Oktober 2012 yang lalu, PSS SK TUDM Subang dengan kerjasama Unit Pengawas telah mengadakan Majlis Anugerah dan Hi-Tea Pemimpin Kecil 2012. Majlis yang diadakan di Hotel Holiday Villa Subang Jaya ini sungguh meriah dengan pelabagai aktiviti 'games', anugerah khas dan cabutan bertuah. Yang pasti semua 120 orang pemimpin kecil sekolah dan 28 orang guru yang terlibat 'enjoy'....
Pelbagai hadiah untuk cabutan bertuah dan 'games'


Door gift untuk semua yang hadir


Barisan Pentadbir SK TUDM Subang