Sunday, 29 April 2012

Aktiviti Rakan Pembaca

Pelbagai aktiviti dijalankan untuk Rakan Pembaca bagi menggalakkan perkongsian maklumat dan menarik minat pelajar lain untuk terus membaca, sekaligus berpeluang untuk menyertai kumpulan Rakan Pembaca ini. 
Sesi bengkel dan tunjuk cara 


Rakan Pembaca bercerita semasa perhimpunan pagi

Sesi  Bicara Buku 

Sudut NILAM Terbaik

Setiap bulan, Sudut NILAM bagi setiap kelas akan dinilai. Gambar sudut terbaik akan ditampal pada papan kenyataan  Sudut NILAM, di tapak perhimpunan. Sudut bacaan yang disediakan di dalam kelas bertujuan untuk memberikan akses yang mudah kepada pelajar untuk mendapatkan bahan bacaan dan maklumat. 

Kelas  6UM 

Kelas 4UPM 

Kelas 5UM

Kelas 5 UKM 

Kelas 6UKM 

Tahniah kepada semua kelas yang telah mewujudkan Sudut Bacaan atau Sudut NILAM di dalam kelas masing-masing. 

Kursus Kepimpinan Fasa 1

Pada 19 April yang lalu, SK TUDM Subang telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Fasa 1 2012, melibatkan semua pemimpin muda sekolah, terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, PRS, Ketua, dan Penolong Ketua Kelas. 

Sesi ceramah dan 'icebreaking'


Aktiviti di stesyen yang ditetapkan 

Majlis Perasmian Penutup dan penyampaian hadiah
 disempurnakan oleh Puan Guru Besar, Puan Anis Binti Iberahim